KH Abdullah Gymnastiar atau Aa Gym adalah ikon penting dalam semangat perubahan Indonesia. Beliau menerima anugerah sebagai Tokoh Perubahan 2005 anjuran Harian Umum Republika dan People of the Year (tokoh spiritual paling popular) anjuran akhbar SINDO. Aa gym terkenal dengan konsep Pengurusan Kalbunya yang berusaha memberikan penyelesaian pada semua persoalan dengan membina akhlak yang baik.
Pada hari ini, Aa gym dilihat sebagai tokoh yang serba boleh dan mampu berprestasi dalam bidang dakwah, seni dan perniagaan. Beliau juga memiliki hobi yang bukan sembarangan dan tidak dapat dilakukan oleh semua orang iaitu payung terjun, berkuda, menyelam dan menembak. Penulis lebih daripada 30 buah buku ini juga dikenali sebagai seorang yang meminati perkembangan ilmu dan teknologi.
(Dipetik dari belakang buku PTS Millenia)