“Bersabarlah! Jangan terlalu mengharapkan sesuatu itu berlangsung seperti yang kita mahukan. Tetapi bersabarlah dengan takdir yang ditentukan sehingga kita mampu berasa tenang dan tenteram.”
“Hidup itu adalah rangkaian perjuangan demi perjuangan. Maka janganlah ada yang menyerah berputus asa dan menganggap perjuangan hidup adalah satu yang sia-sia. Tetaplah tegar meski yang lain berguguran. Tetaplah tersenyum meskipun perjuangan ini terasa pahit dan berliku. Kerana DIA tidak akan mensia-siakan perjuangan kita”