Faisal Tehrani photo

Faisal Tehrani

Dr Mohd Faizal Musa adalah penerima Anugerah Seni Negara 2006 oleh kerajaan Malaysia dan Tokoh Penulis Muda Negeri Melaka 2009 oleh Kerajaan Negeri Melaka. Beliau dikenali sebagai Faisal Tehrani.

Faisal Tehrani adalah lulusan Ijazah Sarjana Muda Syariah-Politik dari Universiti Malaya (1998), Ijazah Sarjana Sastera dari Universiti Sains Malaysia (2000), Doktor Falsafah dari Universiti Kebangsaan Malaysia (2010). Dr Faisal bertugas di Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau adalah bekas penyelaras Kursus Intensif Keterampilan Bahasa Melayu (KIKBM) di ATMA, UKM sejak tahun 2013. Juga merupakan felo penyelidik bersekutu di Faculty of Regional Studies at the Al-Mustafa International Research Institute, Iran sejak Mac 2011. Beliau turut menjadi penasihat kepada Islamic Republic of Iran Broadcasting (IRIB) bagi rantau Asia Tenggara. Sebagai Felo Penyelidik di Institut Alam dan Tamadun Melayu bidang kajian beliau ialah mengenai Minoriti Syiah di alam Melayu. Penyelidikan beliau tersebut berdaftar dengan Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (CRIM) UKM dengan kod GGPM-2011-062. Kepakaran beliau diiktiraf oleh Front Line Defenders (FLD), sebuah badan dengan status khas di United Nation iaitu Consultative Status with Economic and Social Council of the United Nations. FLD diketuai oleh sebuah kounsel yang dianggotai oleh Archbishop Desmond Tutu, Mr Robert Badinter, Dr Hanan Ashrawi, Bono, Indai Lourdes Sajor, Mr Adolfo Perez Esquivel, dan His Holiness the Dalai Lama. Beliau juga adalah felo World Public Forum: Rhodes Forum yang dianggotai oleh sarjana besar dari seluruh dunia. Badan ini adalah sebuah badan keanggotaan yang menggalakkan kepada dialog antara peradaban. Anggota lain dari Malaysia ialah Dr Chandra Muzaffar dan Profesor Dr Syed Farid Alatas. Dalam tahun 2013, Dr Mohd Faizal Musa menerima geran penyelidikan FRGS Fasa 2/2013 untuk mengkaji mengenai hak asasi manusia yang terkandung dalam sastera Melayu. Kod kajian beliau adalah FRGS/2/2013/SS03/UKM/03/2.

Dalam bidang penulisan, antara novel beliau yang telah diterbitkan adalah Cinta Hari-hari Rusuhan terbitan Creative Enterprise (2000), ia dicalonkan ke peringkat akhir Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2000-2001. Juga Perempuan Politikus Melayu oleh Penerbitan Pemuda (2000). Ia dicalonkan ke peringkat akhir Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2000-2001. Selain itu 1515 oleh diterbitkan Utusan Publications and Distributor (2003). Ia memenangi tempat pertama Hadiah Sastera Utusan Malaysia-Exxon Mobil tahun 2002. Novel ini juga menerima Anugerah Buku Negara tahun 2005 (untuk kategori Buku Umum Fiksyen Bahasa Melayu). 1515 turut dijadikan teks bacaan mahasiswa pengajian Melayu di Universiti Cologne, Jerman. Pada tahun 2011, 1515 diterjemah dan diterbitkan oleh Institut Terjemahan Negara. Karya lain termasuklah Maaf Dari Sorga, novel pertama dalam pembikinan tetapi hanya diterbitkan pada tahun 2003 oleh Zebra Publications; Rahsia Ummi yang diterbitkan oleh Zebra Publications 2003. Dalam pada itu terdapat juga Tunggu Teduh Dulu yang disirikan di ruangan agama Utusan Malaysia dan tamat pada Disember 2003. Novel ini diterbitkan oleh Penerbitan Se-lain (2004) dan Ameen Publishing (2008). Sebuah lagi novel beliau yang terkenal adalah 1511H Kombat oleh Utusan Publications and Distributor (2004). Ia memenangi tempat pertama Hadiah Sastera Utusan Malaysia-Exxon Mobil tahun 2003; dan Advencer Si Peniup Ney oleh Utusan Publications and Distributor (2004). Ia memenangi tempat pertama Hadiah Sastera Utusan Malaysia-Exxon Mobil tahun 2004. Sebuah novel remaja awal yang turut digemari ramai adalah Detektif Indigo oleh Utusan Publications and Distributor (2004). Ia memenangi tempat kedua Hadiah Sastera Utusan Malaysia-Exxon Mobil tahun 2004. Dalam pada itu sebuah novel sejarah turut dikarang tahun berikutnya, iaitu Surat-surat Perempuan Johor oleh Yayasan Warisan Johor (2005). Ia memenangi Sayembara Novel Sejarah dan Tradisi Johor 1. Turut dihasilkan Ikan Fugu, Lukisan & Jimson oleh Utusan P


“Kita ada Tuhan. Dalam banyak keadaan yang luar biasa dan mustahil pun, Tuhan pasti menolong.”
Faisal Tehrani
Read more
“Kata aku, Tuhan akan menunjukkankepada yang mencari. Ya, asal kau mahumencari, Dia menunjukkan.Apa kata kau ?”
Faisal Tehrani
Read more
“.....jadi bagaimana kau menjadi si pemberani itu??”
Faisal Tehrani
Read more
“kekeliruan yang berlaku dulu usah dikesali lagi... mengingatinya hanya sekadar menabah rasa bersalah - Cinta Hari-hari Rusuhan”
Faisal Tehrani
Read more
“Andai kota itu peradaban, rumah-rumah di dalamnya haruslah menjadi binaan budaya, dan tiang seri setiap rumah yang didirikan itu hendaklah agama, dan agama yang dimaksudkan tentulah agama yang berpaksikan tauhid”
Faisal Tehrani
Read more
“Semua orang ada nostalgia yang mengotor dan mencantikkan kanvas hidup mereka”
Faisal Tehrani
Read more
“Hidup memang bukan mudah dan kerana payahnyalah kehidupan itu, aku dan engkau akan menjadi lebih bermakna sebagai manusia”
Faisal Tehrani
Read more
“ Orang muda yang arif dan kasih serta mengambil berat akan hal negeri itu ialah orang muda yang benar-benar kenal diri dan benar-benar tahu asal usulnya dan benar-benar dididik dan diasuh ibu bapa dengan saksama " (1515 - ms 125)”
Faisal Tehrani
Read more
“Apalah yang lebih jahat dari manusia yang ingin membunuh jati diri bangsanya. Bila ia perlukan al-Qur'an dan undang-undang Islam seperti qazaf, ia akan menggunakan sekian ulama untuk menolongnya. Bila tiada perlu ia agama, ia akan mengelak-ngelak dan mendakwa agama dan siasah itu terpisah tiada kena-mengena. Ini jenis permaisuri celaka namanya.”
Faisal Tehrani
Read more
“...dan adalah Imam Muhammad Jawwad mengatakan terdapat empat perkara yang dapat membantu manusia dalam beramal, yakni kesihatan, kekayaan, pengetahuan dan taufik.”
Faisal Tehrani
Read more
“Pantang sekali Melayu menderhaka kepada raja. Hanya kalau raja jahat benar-benar, seperti gila, atau benci ia kepada Islam maka waktu itulah boleh raja dimungkiri.”
Faisal Tehrani
Read more
“Andai kota itu peradaban, rumah kami adalah budaya, dan menurut ibu, tiang serinya adalah agama.”
Faisal Tehrani
Read more
“Janganlah tuan-tuan percaya kalau sejarah itu dikatakan satu sahaja, jangan-jangan ada lain perkara di sebaliknya (Ketupat Cinta Musim Pertama)”
Faisal Tehrani
Read more
“Cinta tunjang futuwwah dan ukhuwwah..Cinta adalah bumbu kesatuan akidah, ratna kesepaduan syariah dan manikam akar ihsan..Ja'a mina'l qalbi fadakhala'l qulub...”
Faisal Tehrani
Read more
“Kemerdekaan yang diberi agama itu adalah memerdekakan manusia dari perangkap hawa nafsunya.”
Faisal Tehrani
Read more
“Yang hebat dan kuat adalah yang rapat dan hampir dengan Tuhan.muka surat 276, 1511(Kombat)”
Faisal Tehrani
Read more
“Andai kota itu peradaban, rumah itu budaya dan tiang serinya mestilah agama.Tuhan Manusia”
Faisal Tehrani
Read more
“...Saya tidak mahu tergolong sebagai jenis sasterawan yang terperangkap dengan idle talk (meminjam kata-kata Mohd Affandi Hassan).”
Faisal Tehrani
Read more
“Percaya. Tuhan selalu punya rahsia.”
Faisal Tehrani
Read more
“Kerja Tuhan siapa tahu.”
Faisal Tehrani
Read more