Fatimah Syarha Mohd Noordin photo

Fatimah Syarha Mohd Noordin

Dilahirkan pada 17 Oktober 1984 di Terengganu. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Bukit Apit, Sekolah Bukit Diman, S.M.A Mahmudiah dan S.M.A (Atas) Sultan Zainal Abidin dalam aliran Thanawi. Berkelulusan UIAM jurusan Kulliyyah Ilmu Wahyu & Sains Kemanusiaan, pengkhususan Fiqh & Psikologi.

Karya pertama beliau ialah 'PETUA MEMBUAT ORANG JATUH CINTA' bersama Dato' Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah & Haji Muhammad Zakaria. Beliau menjadi ko-editor 'ANAKKU HEBAT ANAKKU SOLEH'. Novel beliau MAWAR BERDURI memenangi tempat ke-3 Sayembara Novel Remaja sempena Jubli Emas DBP 2006.

Gadis yang menjadikan 'Lailahaillallah Muhammadurrasulullah' sebagai prinsip hidup ini amat menitik-beratkan nilai-nilai keindahan agama dalam penulisannya.

(Dari kulit belakang novel 'Tautan Hati')


“Ramai orang berpandangan,Kita perlu bercinta untuk mengenal pasangan,Tanpa perkenalan, mustahil cinta bertandang,Tanpa percintaan, mustahil keserasian dikesan,Mereka sebenarnya terlepas pandang,Dalam Islam ada taaruf dalam tempohRISIKdan bertunang,Yang melibatkan mahram bukan berdua-duaan,Taaruf itulah mendedahkan keserasian,Cuma takrif 'taaruf' dan 'serasi' dalam fikiranmanusia berlainan,Islam mengajar manusia taarufyang ada sempadan,Terpelihara dan terjaga dari kemaksiatan,Bukan taaruf melalui bercinta sakan,Islam mengajar serasi dengan ajaran Tuhan,Bukan serasi dengan kehendak pasangan,Cinta al-Rahman menjana kebahagiaan,Lantaran itulah, batasan-Nya tidak bolehdipermainkan.-Monolog Asiah Yusra-”
Fatimah Syarha Mohd Noordin
Read more
“Sering ku terdengar,Usikan nakal,si lelaki pada wanita,FEUWIT, CUNNYA!buatku keliru sendiri,apakah ertinya kecantikan wanita,di mata lelaki?Adakah pada susuk tubuh yangmenggiurkan?Atau pada akhlak yang menawan?Biar apa pun jawapannya,Aku tetap aku,Apa yang ku tahu,Aku seorang wanita,Fitrahku sukakan diri cantik jelita,Namun bukan kecantikan di mata manusia,Sebaliknya,Ku mencari kecantikan yang diiktiraf Tuhan.-Monolog Layyinul Harir-”
Fatimah Syarha Mohd Noordin
Read more