Noor Suraya photo

Noor Suraya

Lulusan Diploma Pendidikan (KPLI) daripada Institut Pendidikan Sultan Idris (IPSI) ini, pernah menjadi pendidik selama 13 tahun. Noor Suraya juga seorang Munsyi Dewan yang aktif dalam dunia penerbitan. Kini Noor Suraya mengetuai JS Adiwarna Publications & Distributors Sdn. Bhd. sebagai Pengarah Eksekutif di samping bertindak sebagai Pengarah Urusan untuk Jemari Seni Sdn. Bhd. Justeru, Noor Suraya juga bertanggungjawab memantau hal-hal yang berkaitan dengan editorial, pemasaran dan komunikasi di kedua-dua syarikat penerbitan ini.

Noor Suraya memiliki ijazah Sarjana Linguistik daripada Universiti Malaya, dan Sarjana Muda Komunikasi (Komunikasi Massa/Pengurusan) daripada Universiti Sains Malaysia. Noor Suraya pilih membaca apa saja – daripada teks klasik, cerita-cerita panji dan warkah-warkah lama sehinggalah tulisan-tulisan kontemporari serta teks-teks ilmiah. Cerita kanak-kanak dan komik selalu menjadi ‘pembuka selera’ membacanya. Bidang yang menjadi perhatian khususnya Noor Suraya tentulah hal-hal yang berkaitan dengan bahasa dan linguistik, sastera dan budaya, sejarah (dan sirah), biologi, juga fasal sosiologi serta antropologi.

~ Noor Suraya telah menambah perbendaharaan kata baharu pada pembaca muda melalui penulisannya yang cermat ~


“Benang perak, benang baldu,Mari menekat atas paya;Pandang awak, hati rindu.Mari dekat pandang saya.”
Noor Suraya
Read more
“Hai Si Jebat, berpada-padalah engkau membunuh orang beribu-ribu ini, kerana engkau pun akan mati - Laksamana Hang Tuah.”
Noor Suraya
Read more
“Boleh tak awak fikirkan sekali lagi?""Saya masih ada keluarga, Cik Anwar. Lain kali Cik Anwar, bukankah elok kalau hal begini disampaikan terus kepada orang tua. Beradat. Lagipun seorang gadis tu, tetap ada walinya.”
Noor Suraya
Read more
“Boleh tak awank fikirkan sekali lagi?""Saya masih ada keluarga, Cik Anwar. Lain kali Cik Anwar, bukankah elok kalau hal begini disampaikan terus kepada orang tua. Beradat. Lagipun seorang gadis tu, tetap ada walinya.”
Noor Suraya
Read more
“Kata emak, Junjungan kita berpesan lebih kurangnya begini; kalau kita berkawan dengan tukang besi kita terasa panas percikan apinya, dan kalau kita berkawan dengan penjual minyak wangikita juga terlekat harum wanginya. Sebab itu mestilah hati-hati memilih kawan.”
Noor Suraya
Read more
“Apabila Alang bertanya bagaimana untuk mengubat hati tadi, secara berbisik Aqmar menjawab... ubat hati ada lima caranya. Bunyinya macam senang aja, baca Al-Qur'an dengan memahami maknanya sekali. Selain itu mendirikan solat malam dan berkawan dengan orang soleh. Yang keempat dan kelima ialah puasa dan zikir yang berpanjangan.”
Noor Suraya
Read more
“Cantik itu datang daripada hati kata ayah, bukannya hanya ada pada muka. Orang ikhlas dan mulia nampak cantik!”
Noor Suraya
Read more
“Lidah memanglah tidak bertulang, tapi janji tetap janji kan!”
Noor Suraya
Read more
“Di sana dia sedar, cinta kepada Allah tiada tolok bandingnya. Allah tidak pernah tinggalkan kita biar waktu kita senang dan susah.”
Noor Suraya
Read more
“Oh Tuhan... biarlah semua orang meninggalkan Duha, tetapi janganlah Engkau meninggalkan Duha keseorangan, ya!”
Noor Suraya
Read more
“Duha tidak tahu kenapa dia tidak jadi marah pada Muhsin yang berkuning langsat itu. Padahal waktu itu, udara di sekitar kedai belakang masjid ini panaslah juga. Agaknya berkat kota ini, membuat hati sentiasa rela bersabar. Terasa dekat sahaja dengan makam Rasulullah, membuat kita jadi malu kalau berkelakuan tidak sopan.”
Noor Suraya
Read more
“Sabarnya Kak Ain yang piatu itu menghadapi semuanya sendiri. Duha ingin sekali jadi setabah Kak Ain. Allah menguji hamba yang dia pilih. Ujian Duha mengkin tidak sebesar ujian Kak Ain, tetapi ujian tetap ujian kan. Dan Allah pilih Duha, Subhanallah.”
Noor Suraya
Read more
“Duha bukannya pesimis kalau dilihat dari luar, tetapi dalam hatinya tiada siapa yang tahu. Hatinya dia bungkus kejap-kejap, sampai tiada siapa yang dapat menekanya.”
Noor Suraya
Read more