Nurina Izzati photo

Nurina Izzati

Nurina Izzati Mohmad Soib atau nama penanya, Nurina Izzati dilahirkan pada 24 April 1996. Beliau yang berasal dari Rutherglen, Scotland pernah menetap di Shah Alam, Selangor dan kini di Kulim, Kedah. Minat menulis dan berdakwah yang mendalam mendorong penulis muda ini menghasilkan novel tarbiah remajanya yang pertama bertajuk Single Unavailable dan kemudiannya disusuli oleh sebuah lagi novel awal remaja, Idris dan Alif Ba Ta. Memiliki hobi menulis, membaca dan berfikir, Nurina bercita-cita untuk menjadi seorang usahawan dan pendakwah islam selain menjadikan Nabi Muhammad SAW sebagai idolanya. Melibatkan diri dalam dunia blogging merupakan antara langkah pertama dakwahnya.

Nurina mula serius dalam bidang penulisan setelah mendapat galakan daripada pelbagai pihak seperti ibu bapa, keluarga, para guru dan rakan-rakan. Minat membaca novel islamik dan buku-buku motivasi juga telah mendorong dirinya supaya menghasilkan novel yang bermanfaat. Beliau percaya dengan kesungguhan, tiada apa yang mustahil untuk dicapai sekiranya seseorang itu berani mengejar matlamat hidupnya.


“I write a lot because I don't talk much. If I don't write, I'll talk much.”
Nurina Izzati
Read more