Prof Dr Sidek Baba photo

Prof Dr Sidek Baba

Profesor Dr. Sidek Baba dilahirkan di Kampung Pulau, Masjid Tanah, Melaka pada 12 Jun, 1946. Anak kepada pasangan Baba Maakip dan Jenah Hitam ini mendapat pendidikan awal dan menengah di Melaka.

Prospek kerjayanya bermula saat beliau menggenggam Sijil Perguruan di MPSI, Tanjung Malim, kemudiannya memperoleh Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Pengajian Melayu di Universiti Malaya, Diploma Pengajian Islam di UKM, Sarjana Pendidikan Berbanding di Universiti Indiana, USA dan Ijazah Doktor Pendidikan dalam Dasar Pendidikan di Universiti Northern Illinois, USA.

Pernah menjadi pendidik selama 18 tahun, pengawai dan pensyarah di Institut Aminuddin Baki, Timbalan Dekan serta Dekan Pusat Matrikulasi UIAM, Pemangku Dekan Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan dan Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar dan Disiplin, UIAM. Kini beliau menjawat jawatan sebagai Profesor Pendidikan di UIAM.

http://ms.wikipedia.org/wiki/Sidek_Baba

http://www.alaf21.com.my/penulis/?idw...


“Keberkatan adalah hikmah yang sering hilang dalan usaha dan ikhtiar manusia”
Prof Dr Sidek Baba
Read more