Sahrunizam Abdul Talib photo

Sahrunizam Abdul Talib

Sahrunizam memperolehi pendidikan rendah di Sekolah Kebangsaan Kuala Triang (1977-1982), kemudian belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Mengkarak (1983-1987) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Temerloh. Pada 1991-1993, beliau mengikuti Kursus Perguruan Asas di Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim, Johor Bahru dan memperoleh Ijazah Sarjana Muda (bidang Kesusasteraan) di Universiti Sains Malaysia (USM) pada 2002.

Beliau pernah memenangi pelbagai hadiah; antaranya pernah dipilih sebagai pemenang Sayembara Menulis dan Mendeklamasi Puisi Puteri Pos Kebangsaan (2000), Sayembara Menulis Puisi Perpaduan Darul Iman (2001), Sayembara Menulis Puisi Berunsur Islam Kuantan (2002), Hadiah Sastera Utusan Exxon Mobile bagi penilaian 2002, 2003, 2004 dan 2010, Sayembara Penulisan Puisi Kepenggunaan Kebangsaan (2006), Sayembara Mengarang Puisi Klasik Nasional dan KEKKWA (2007).

Kumpulan puisi beliau, Bahasa Senjata memenangi Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2002/2003.


“di kandang sendiri kaulah harimau jadiandi alam terbuka kau hanya kucing jalanan.”
Sahrunizam Abdul Talib
Read more
“cacat masa lampau bukan untuk diwarisitapi untuk dipelajari.”
Sahrunizam Abdul Talib
Read more
“jika lurus pada tindakusah sesekali tunduk pada desak.”
Sahrunizam Abdul Talib
Read more
“di mana-mana korban tetap adaselagi keberanian terus bernyawa.”
Sahrunizam Abdul Talib
Read more
“siapa pun tuanmereka tetap beginimengunyah janjitanpa gigi.”
Sahrunizam Abdul Talib
Read more
“bahasanya seperti ular melingkarlidahnya lembut bak belutmatanya bagai langit kelat.”
Sahrunizam Abdul Talib
Read more
“seorang gelabahdi puncak kerusiresah dikepung bayang.seorang terkurungdi sangkar citamembidik peluang.”
Sahrunizam Abdul Talib
Read more
“kau memang bijak menjungkir balikkata-kata. kerana kata-kata pernahmembuncitkan poketmu dengan benda.”
Sahrunizam Abdul Talib
Read more