Siddiq Fadzil photo

Siddiq Fadzil

Dato’ Dr. Siddiq Fadzil dilahirkan di Kg. Sungai Tiang Darat, Bagan Datoh, Perak dan berketurunan Jawa. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Sungai Tiang Darat dan Sekolah Izzuddin Shah Ipoh. Di peringkat tinggi, beliau mendapat pendidikan di Maktab Perguruan Bahasa Lembah Pantai (1967-1968), Sarjana Muda Sastera dalam Pengajian Islam, UKM (1974); Sarjana Persuratan (M.Litt.) dalam Pemikiran Islam, UKM (1978); dan Ijazah Kedoktoran Ph.d dalam Kebudayaan Melayu dan Falsafah Islam, Institut Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu, UKM (1989).

Beliau merupakan mantan Presiden ABIM pada tahun 1983-1991. Dikenali dengan panggilan 'Ustaz Siddiq, beliau ialah seorang pemikir, pendidik, ilmuwan Melayu. Beliau sering dijemput membentangkan kertas dan kemunculan beliau di forum, seminar dan wacana Ilmu menyemarakkan percambahan minda dan keintelektualan. Penulisan beliau sering dirujuk dan menjadi sandaran seperti bicara mengenai bangsa Melayu, Islam, syariat, pendidikan, ketamadunan dan isu-isu semasa.

Beliau kini Presiden Kolej Dar Al-Hikmah, Presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (Wadah) merangkap Pengerusi Akademi Kajian Ketamadunan (AKK). Beliau juga pernah menjadi Ahli Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak serta pernah berkhidmat sebagai pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dari tahun 1974-2001.


“Untuk merealisasikan gagasan Melayu yang menepati ciri khairu ummah, kita memerlukan pemimpin yang membina bangsa, bukan pemimpin yang membesar diri dan memperkayakan kroni.”
Siddiq Fadzil
Read more