Syaihan Syafiq photo

Syaihan Syafiq

Md. Syaihan Syafiq bin Mohd. Anuar atau lebih dikenali sebagai Syaihan Syafiq (lahir pada 28 Jun 1985) lahir di Kota Bharu, Kelantan, lebih dikenali sebagai penulis kepada trilogi novel yang berjudul Bisik yang mula diterbitkan oleh Buku Fixi pada April 2012, disusuli dengan sambungannya Koyak pada Disember 2013 dan novel terakhir dalam siri berkenaan, berjudul M pada April 2015.

Syaihan Syafiq mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Bukit Gelugor, Pulau Pinang (1992-1998) dan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Penang Free (1999-2000). Seterusnya beliau mendapatkan sijil Pra-ijazah Undang-undang dari Universiti Teknologi MARA, Kampus Sg. Petani, Kedah pada 2005 sebelum bertukar pengkhususan dan memperoleh Ijazah Sarjanamuda dalam jurusan Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL) di Universiti Kebangsaan Malaysia (2008-2012).

Karya:

1. Bisik, ; Buku Fixi 2012

2. Koyak, ; Buku Fixi 2013

3. M, ; Buku Fixi 2015

4. Sasar, ; Buku Fixi 2016

Cerpen:

1. Secangkir Kopi Bersama Dia (antologi cerpen 'KOPI'), Buku Fixi, 2012

2. Aku Yang Kegersangan (antologi cerpen 'BOLA'), Buku Fixi, 2012

3. Mesyuarat Tengah Hari (antologi cerpen 'Untuk Separa Tuhan'), Buku Hitam Press, 2013

4. Kalau Lapar Cari Chomet (antologi cerpen 'KLCC'), Buku Fixi, 2013

5. Catatan Anak Kecil (antologi cerpen 'Tanah Tumpah Darah'), Buku Hitam Press, 2014

6. Menunggu Demi Cinta (antologi cerpen 'Berat Sebelah Kiri'), Buku Hitam Press, 2014

7. E-mel Dari Seberang (antologi cerpen E-book Fixi 'MF2014'), Buku Fixi, 2014

8. Hubungan Berhipotesis (antologi cerpen 'MALAM'), Buku Fixi, 2014

9. Nasi Lemak Sambal Sotong (antologi digital 'Cerpen Hari Jumaat'), Buku Fixi, 2016

10. Roti Kapit Inti Daging (antologi digital 'Cerpen Hari Jumaat'), Buku Fixi, 2016


“Diberi paha minta pelir. Diberi pelir minta buntut. Diberi buntut minta cinta. Diberi cinta minta hati dan dia wajar mati!”
Syaihan Syafiq
Read more