“Prof. Syed Muhammad Naquib Al-Attas, seorang pemikir yang dikenal cukup baik oleh dunia pemikiran Barat maupun Islam, memandang problem terberat yang dihadapi manusia dewasa ini adalah hegemoni dan dominasi keilmuan sekular Barat yang mengarah pada kehancuran umat manusia. (Kebingungan Liberalisme, hal.3)”
“Saya tetap menghormati beliau (Fazlur Rahman) sebagai salah seorang ilmuwan ulong zaman ini, khasnya dari tradisi falsafah ala Ibn Sina. Saya juga menyanjunginya sebagai seorang yang baik dan berdedikasi dalam perjuangannya walaupun saya tidak bersependapat dengannya. Sikap ini saya dapat secara praktis dari memerhatikan Prof Syed Muhammad Naquib al-Attas sejak 1988 hingga sekarang.”
“Saifuddin al-Amidi (1233 Masihi) dalam kitabnya yang terkenal Abkar al-Afkar telah mengumpul dan menganalisis semua takrif ilmu yang terdapat pada zamannya secara terperinci. Beliau mendapati bahawa takrif yang dikemukakan oleh Fakhruddin al-Razi (meninggal dunia 1209 Masihi) adalah yang terbaik. Takrif itu, yang diketengahkan semula dan diperbaiki lagi oleh Profesor Syed Muhammad Naquib al-Attas ialah seperti yang berikut:Merujuk kepada Allah sebagai asal segala ilmu, ia (ilmu) adalah ketibaan makna sesuatu ke dalam diri seseorang. Apabila merujuk kepada diri sebagai pentafsir, ilmu adalah ketibaan diri seseorang kepada makna tentang sesuatu.”
“…Dunia ini penuh dengan keajaiban karena hal-hal yang tidak masuk akal masih terus berlangsung. Seorang fotografer ingin membagi duka dunia di balik hal-hal yang kasat mata….para fotografer membagi pandangan, tetapi yang memandang fotonya ternyata buta meskipun mempunyai mata. Keajaiban dunia adalah suatu ironi, di depan kemanusiaan yang terluka, manusia tertawa-tawa.”
“Negara akan hancur sekiranya kita mempunyai orang yang berliterasi tetapi tidak terdidik (literate uneducated) yang mempunyai keahlian dan kemahiran yang tinggi dalam ilmu sains Barat tetapi tidak mempunyai nilai adab, akhlak dan etika yang murni. Kita memerlukan manusia yang mempunyai gabungan dan kesepaduan antara dua akal seperti yang diajukan oleh Islam untuk membangunkan diri, masyarakat, negara dan dunia ini keseluruhannya.”
“Ideologi penjajahan Barat antara faktor mencorak persepsi, minda dan jiwa umat dan sangat mendalam kesannya sehingga ramai menyangka terdapat superiority pada Barat. Barat dianggap perkasa dengan kemajuan industri, organisasi dan teknologi, dan selagi mereka perkasa, tiada apa yang boleh dilakukan melainkan menciplak Barat untuk mendapat akses kepada sumber kekuatannya. Penundukan ini membuat imej ”Superman” ciptaan Barat lekat di minda. Langsung terdapat ramai di dunia Islam yang kemudiannya menciplak Barat untuk menjadi seperti Superman.”