“Orang yang bercinta ini terkadang terkeliru berkenaan makna percaya. Mereka fikir, apabila mereka percayakan seseorang itu barulah itu dipanggil cinta. Namun, cinta yang sebenarnya adalah, apabila seseorang itu mempercayai kita, walaupun kita menipu.”
“Bahagia itu bukan kerana kita ketawa dan gembira, tetapi bahagia itu adalah melihat orang yang kita sayang ketawa dan ceria walaupun kita sendiri berada dalam derita”
“Jangan hairan melihat manusia mencuba walaupun mereka tahu tetap akan gagal, kerana mencuba itu juga adalah suatu kebahagian untuk mereka yang tidak pernah berada dalam kebahagian itu sendiri.”
“Cinta itu seperti ekor kucing. Kamu tidak dapat memiliki hanya ekor kucing itu. Sekiranya kamu cuba menariknya, kamu akan sakit. Jadi, bagi mendapatkan ekor kucing, kamu jangan tarik ekornya, tetapi usap-usaplah kepalanya dan angkat seluruh tubuhnya. Begitulah juga cinta manusia, kamu tidak boleh menarik cintanya sahaja. Kamu perlu mengambil fikiran manusia itu, dan pastikan kamu mampu menanggung dia. barulah cinta akan menurut.”
“Perkara paling sulit dalam hidup adalah cuba mengerti mengapa ujian didatangkan untuk kita. Cukup sulit, kerana jawapan itu hanya ada dalam sabar, dan kamu sendiri tahu, sabar itu sendiri sudah cukup sulit. Sabar terkadang hanya perlu seminit dua, terkadang berbulan, dan terkadang hingga kamu mati, perlu terus bersabar.”
“Ertinya, Allah itu adalah penyebab yang mutlak kepada semua cinta manusia. Justifikasinya sangat jelas. Tidak boleh dinafikan lagi. Justeru jika ada sesuatu atau seseorang yang selain-Nya lebih kita cintai, maka itu menunjukkann kita salah dalam meletakkan cinta. Kita lari dari cinta yang besar kepada cinta yang kecil. Kita pinggirkan cinta yang agung kepada cinta yang kerdil.”
“Bagaimana kita berpakaian itu tidak penting. Apa yang penting adalah cara kita berfikir. Pemikiran orang-orang yang berpakaian cantik itu mungkin tidak secantik pakaian mereka.”