“Wahai anak, kamu mungkin lebih bijak dari kami, tetapi kamu tidak mungkin dapat mengatasi kasih seorang ibu dan napa. Kamu menyayangi kami selepas kamu bijak, tetapi kami mengasihi kamu sebelum kami lahir”
“Setelah begitu banyak kebaikan yang Allah curahkan kepada manusia, sedikit sahaja yang mahu berterima kasih kepada-Nya.Maka, bagaimana pula kita, hamba Allah yang kerdil ini, boleh tidak lena malam hanya kerana jasanya tidak dikenang seseorang.JANGAN KECIL HATI. Kita kan hamba!(Di Hamparan Shamrock, Kuseru NamaMu: 341)”
“ Seratus itu sempurna, tetapi kamu satu, lebih dari sempurna ”
“Tidak makan kerana tiada makanan, itu bukan pelajaran.Tidak minum kerana tiada minuman, itu bukan latihan.ketika kita ada segalanya untuk dimakan, namun kita memilih untuk tidak makan, kerana mentaati Allah, itulah latihan. Ia adalah latihan untuk berkata TIDAK kepada sesetangah kenahuan diri, supaya kita dapat tingkatkan daya kawalan diri! ”
“Cinta itu seperti ekor kucing. Kamu tidak dapat memiliki hanya ekor kucing itu. Sekiranya kamu cuba menariknya, kamu akan sakit. Jadi, bagi mendapatkan ekor kucing, kamu jangan tarik ekornya, tetapi usap-usaplah kepalanya dan angkat seluruh tubuhnya. Begitulah juga cinta manusia, kamu tidak boleh menarik cintanya sahaja. Kamu perlu mengambil fikiran manusia itu, dan pastikan kamu mampu menanggung dia. barulah cinta akan menurut.”
“Apabila ramai yang datang untuk belajar denganmu dan suka kepadamu, ketahuilah kamu ketika itu sebenarnya tidak menyampaikan kebenaran tetapi sebaliknya menyampaikan mengikut apa yang disukai orang ramai.Apabila hanya sedikit yang datang kepadamu, janganlah kamu berputus asa kerana kebenaran hanya akan disenangi oleh sedikit manusia.”
“Mimpi-mimpi kamu, cita-cita kamu, keyakinan kamu, apa yang kamu mau kejar, biarkan ia menggantung, mengambang 5 centimeter di depan kening kamu. Jadi dia nggak akan pernah lepas dari mata kamu. Dan kamu bawa mimpi dan keyakinan kamu itu setiap hari, kamu lihat setiap hari, dan percaya bahwa kamu bisa. Apa pun hambatannya, bilang sama diri kamu sendiri, kalo kamu percaya sama keinginan itu dan kamu nggak bisa menyerah. Bahwa kamu akan berdiri lagi setiap kamu jatuh, bahwa kamu akan mengejarnya sampai dapat, apapun itu, segala keinginan, mimpi, cita-cita, keyakinan diri.. Biarkan keyakinan kamu, 5 centimeter mengambang di depan kening kamu. Dan… sehabis itu yang kamu perlu cuma kaki yang akan berjalan lebih jauh dari biasanya, tangan yang akan berbuat lebih banyak dari biasanya, mata yang akan menatap lebih lama dari biasanya, leher yang akan lebih sering melihat ke atas, lapisan tekad yang seribu kali lebih keras dari baja, dan hati yang akan bekerja lebih keras dari biasanya, serta mulut yang akan selalu berdoa..Keep our dreams alive, and we will survive..[5cm]”