“Kaum awam daripada umat ini, bahkan penganut semua agama samawi pasti mengetahui dengan jelas bahawa Allah tidak disembah dengan cara mengutuk seorang kafir, meski orang yang paling kafir sekalipun, bahkan tidak disembah dengan cara mengutuk iblis terkutuk yang telah diusir dari rahmat Allah, dalam bentuk wirid khusus untuk mendekatkan diri kepada Allah, sebagaimana yang dilakukan oleh kaum Syiah Rafidhah ketika melaknati Abu Bakar dan Umar.”

علي محمد الصلابي

علي محمد الصلابي - “Kaum awam daripada umat ini, bahkan...” 1

Similar quotes

“Apabila seorang Muslim merenungi kesesatan orang yang sudah terlampau jauh itu (Syiah Rafidhah) maka ia tidak terlepas daripada dua sikap: 1. Sikap merasakan kenikmatan Allah, kelembutan-Nya dan kemuliaan-Nya bahawa Dia telah menyelamatkannya daripada kesesatan itu. Sungguh ini suatu hal yang harus disyukuri. 2. Sikap mengambil nasihat dan pelajaran atas apa yang terjadi dalam golongan itu, yang sudah sedemikian menyimpang dan sesat, yang mudah diketahui oleh orang yang menggunakan akalnya sedikit saja.”

علي محمد الصلابي
Read more

“Al-Quran juga mengisyaratkan bahawa terdapat sumber-sumber ilmu yang lain yang jika diiringi dengan kajian dan orientasi yang betul akan dapat menyempurnakan kebenaran ilmu wahyu; sebab pada akhirnya ia berasal daripada sumber yang sama: Allah, tempat asal semua perkara. Walau bagaimanapun oleh kerana ilmu bukan wahyu (aqli) tidak dianugerahkan oleh Allah secara langsung kepada manusia dan ia terdedah kepada begitu banyak batasan-batasan metodologi dan sistem nilai, maka ia tidak mendokong status yang sama seperti wahyu.”

Wan Mohd Nor Wan Daud
Read more

“Teringat saya amaran daripada Imam al-Ghazali, bahawa jika solat dipersembahkan kepada Allah tanpa ada sebarang rasa, sama keadaannya dengan mempersembahkan bangkai yang tidak bernyawa.”

Pahrol Mohd Juoi
Read more

“Pada akhirnya nanti, semua yang pernah hilang atau diambil dari diri kita akan kembali lagi kepada kita, walaupun dengan cara yang tidak pernah kita duga. (Luna Lovegood)”

J.K. Rowling
Read more

“Perlu diingatkan bahawa oleh kerana al-Quran datangnya daripada Allah dan ilmu dan hikmah-Nya yang disampaikan dalam al-Quran tidak terbatas kepada atau dihabiskan oleh sesuatu masyarakat dan sejarahnya, maka tujuan pendekatan sosiologi bukanlah untuk mengaitkan hikmah Ilahi dan menghadkannya kepada detik-detik sosiosejarah yang khusus. Tujuanya ialah untuk memperakui kebijaksanaan-Nya mengendalikan makhluk-Nya yang wujud dan bertindak tanpa peralatan yang terdapat dalam dunia perseptual dan konseptual.”

Wan Mohd Nor Wan Daud
Read more