“sukarnya menjadi seorang anak. membantah dikata tidak mendengar, mengiyakan sahaja hati juga yang parah. di mana mahu diluah resah yang terkumpul, kemana mahu dialirkan jiwa yang sedang luka. kini baru dia sedar betapa payahnya untuk menjaga perasaan.”
“Jika kamu mahu menjadi seorang yang mempunyai pandangan, jadilah seorang yang mempunyai pendirian. Sesungguhnya pandangan menjadi rosak, apabila kamu berbelah bagi”
“Merasa diperlakukan tidak adil kadang bisa menimbulkan luka, tetapi kadang juga bisa menyembuhkan luka, dan bahkan kadang juga bisa membunuh orang yang merasakannya. Tetapi bagi wanita, perasaan itu lebih sering menjadi alasan yang kuat untuk bertahan”
“Setelah begitu banyak kebaikan yang Allah curahkan kepada manusia, sedikit sahaja yang mahu berterima kasih kepada-Nya.Maka, bagaimana pula kita, hamba Allah yang kerdil ini, boleh tidak lena malam hanya kerana jasanya tidak dikenang seseorang.JANGAN KECIL HATI. Kita kan hamba!(Di Hamparan Shamrock, Kuseru NamaMu: 341)”
“Suami tidak sahaja memerlukan kecantikan yang memikat mata, juga memerlukan kecantikan yang memikat akal, hati dan hidupnya!”