“Kematangan tak datang dengan bertambahnya usia. Kematangan bermula dengan sikap menerima tanggungjawab”
“Percaya tenaga sendiri. Peganglah nasib hidup dengan kedua-dua belah tangan dan ubahlah nasib mengikut kemahuan sendiri.”
“Wacana mengenai budaya ilmu amat kritikal di negara kita. Kalangan yang sedar dan celik budaya harus lebih berani menzahirkan pendapat dan tidak membisu seribu bahasa. Keadaan umumnya memang tenat tetapi masih boleh dipulihkan. Dengan kedangkalan serta budaya picisan yang diterapkan oleh pimpinan negara dan media utama, suasana pastinya akan lebih gawat. Maka agak meleset jika harapan tertumpu kepada elit penguasa. Masih ada ruang meskipun amat terbatas untuk kita semarakkan semula budaya ilmu dan tradisi aqliyah.”
“Puisi yang ditulis dengan hati tak pernah mati, puisi yang ditulis dengan peristiwa kelak jadi kenangan atau bahkan hilang dari ingatan, puisi yang ditulis dengan cinta ia akan mencipta, tercipta dan juga menjadi kata-kata yang tak lapuk dimakan usia~~”
“Tanah semakin penat dengan perangai manusia yang tidak mengenal erti pijak dan memijak.Angin menangis memasuki rongga hidung manusia.Air semakin kering kerana tiadanya kehijauan.Api sentiasa akur dengan kemanusiaan.”
“Hanya orang-orang dengan hati damailah yang boleh menerima kejadian buruk dengan lega.”
“Bertambahnya usia bukan berarti kita paham segalanya.”