“Buat orang tersenyum adalah salah satu cara untuk buat diri kita rasa lebih baik, kan?”
“Kan senang kalau jalan hidup kita ni... macam kita buat asgnment kat PC. Kalau salah taip, boleh tekan butang delete. Forget everything and start fresh.”
“I tak adalah selalu sibuk macam ni. Tapi sekarang ni banyak projek masuk. Which is good, sekurang-kurangnya ada benda nak buat. Apabila takde benda nak buat tu... we should worry, kan?”
“Ada orang beritahu aku, chocolates will make you happy. Ubat yang baik semasa sedih.”
“Lisa tahu dia memang kurang sabar. Tapi untuk membuan perkataan 'kurang' di hadapan sabar itu, perlukan masa yang bukan sedikit, kan?”
“Orang yang okey takkan cakap dia okey lebih daripada dua kali." Beritahu Pacai sambil ketawa. "Sama macam orang yang bersalah, they'll say there're clean most of the times.”
“Apabila kau rasa sedih dan kau tak boleh nak luahkan... benda tu akan jadi satu perkara yang kau akan ingat sampai bila-bila. Apabila perkara tu terkumpul dengan perkara-perkara sedih yang lain... kau tahu tak, sakit? Dan masa tu, kau menangis mcm mana pun, rasa sakit tu takkan kurang.”