“Lisa tahu dia memang kurang sabar. Tapi untuk membuan perkataan 'kurang' di hadapan sabar itu, perlukan masa yang bukan sedikit, kan?”
“Apabila kau rasa sedih dan kau tak boleh nak luahkan... benda tu akan jadi satu perkara yang kau akan ingat sampai bila-bila. Apabila perkara tu terkumpul dengan perkara-perkara sedih yang lain... kau tahu tak, sakit? Dan masa tu, kau menangis mcm mana pun, rasa sakit tu takkan kurang.”
“Andai minta maaf itu mudah, tentu dunia ni sepi daripada segala sengketa. Andai lafaz maaf itu murah, tentu peperangan tak wujud. Maaf memang mudah. Juga tidak perlu apa-apa kos untuk diluahkan. Cuma kadang-kadang manusia sahaja yang menganggapnya begitu.”
“Tapi,bagi saya,cowok-cowok korea yang unyu-unyu itu bukan tipe saya karena terlihat seperti kurang testosteron. Masih cakepan juga Ariel-nya Peterpan.Ya, kan? Ya,kan? Hehe!”
“Buat orang tersenyum adalah salah satu cara untuk buat diri kita rasa lebih baik, kan?”
“Dan mungkin juga pada hari itu, sebelah pintu hatinya seolah-olah sudah tertutup. Hinggakan hari ini, dia masih lagi berusaha keras menahan sebelah lagi pintu itu daripada ikut sama tertutup.”
“Orang yang okey takkan cakap dia okey lebih daripada dua kali." Beritahu Pacai sambil ketawa. "Sama macam orang yang bersalah, they'll say there're clean most of the times.”